Malaysia Government logo

Sabah Government Logo

Laman Web Rasmi
Bahagian Kabinet & Dasar
Jabatan Ketua Menteri Sabah

BKD logo

  1. Memastikan pengurusan Mesyuarat Jemaah Menteri, Pasca Kabinet, Mesyuarat Setiausaha Tetap dan Mesyuarat Badan-Badan Berkanun teratur dan berkualiti..
     
  2. Memastikan Pengurusan perkhidmatan Anggota Pentadbiran Negeri yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara diurus dengan baik dan teratur bersesuaian dengan kehendak Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri 1981.
     
  3. Memastikan semua pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Anggota Pentadbiran Negeri, Peguam Negeri, Ahli-Ahli Lembaga Badan Berkanun dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat adalah teratur dan menepati keperluan Enakmen-Enakmen berkenaan, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.
     
  4. Memastikan jawapan kepada Pertanyaan ADUN dan ucapan penggulungan YAB Ketua Menteri semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri disediakan dengan cepat, tepat dan teratur.
     
  5. Menyelaras dan menyediakan Teks Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Negeri Sabah semasa Sidang DUN, perutusan-perutusan untuk Hari Raya Aidilfitri, Hari Jadi TYT, Hari Krismas dan Tahun Baharu dengan cekap, teratur dan berkualiti.
     
  6. Memastikan semua dasar awam agensi Kerajaan Negeri dapat dikumpul, didokumentasikan dan dinilai sebagai rujukan Kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan.