Malaysia Government logo

Sabah Government Logo

Laman Web Rasmi
Bahagian Kabinet & Dasar
Jabatan Ketua Menteri Sabah

BKD logo

  1. Bertanggungjawab bagi menyelaras Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Pasca Kabinet;

  2. Bertanggungjawab bagi mengurus semua perkhidmatan Anggota Pentadbiran Negeri yang sedang berkhidmat dan Setiausaha Politik yang telah bersara selaras dengan Enakmen Bil. 3 Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1981;

  3. Bertanggungjawab bagi melaksanakan pelantikan-pelantikan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah, Enakmen Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1981, Jaksa Pendamai dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Negeri dan pelantikan-pelantikan lain yang berkaitan selaras dengan enakmen masing-masing;

  4. Bertanggungjawab untuk menyediakan semua jawapan bagi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan dan Bertulis yang ditujukan kepada YAB Ketua Menteri semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri;

  5. Bertanggungjawab bagi menyelaras dan menyediakan Teks Ucapan Dasar TYT dan Teks Ucapan Penggulungan YAB Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri, Perutusan-Perutusan Hari Raya Aidilfitri, Hari Jadi TYT, Hari Krismas dan Tahun Baharu; dan

  6. Bertanggungjawab ke atas semua Dasar Awam Agenda Kerajaan Negeri dapat dikumpul dan didokumentasi sebagai bahan rujukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.