Malaysia Government logo

Sabah Government Logo

Laman Web Rasmi
Bahagian Kabinet & Dasar
Jabatan Ketua Menteri Sabah

BKD logo

  1. Menghantar notis Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh dua hari sebelum mesyuarat; 

  2. Menyediakan dan menyerahkan Minit-Minit Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tempoh mesyuarat diadakan;

  3. Pemakluman notis pembatalan serta merta melalui telefon dan e-mel selepas pengesahan pembatalan Mesyuarat Pasca Kabinet oleh Pejabat Ketua Menteri;

  4. Menjawab permohonan Anggota Pentadbiran Negeri dan Pesara Setiausaha Politik dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat diterima di pejabat BKD, tertakluk kepada dokumen lengkap;

  5. Menyediakan Watikah Pelantikan Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan minit fail kepada Ketua Menteri dan Tuan Yang Terutama dalam tempoh tujuh hari masa bekerja selepas arahan Ketua Menteri, tertakluk kepada dokumen lengkap;

  6. Menyediakan watikah Pelantikan Setiausaha Politik (SUP) Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dalam tempoh tujuh hari masa bekerja selepas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri, tertakluk kepada dokumen lengkap;

  7. Mengemukakan Watikah Pelantikan Setiausaha Politik (SUP) yang telah ditandatangani oleh Ketua Menteri kepada Setiausaha Tetap Kementerian dalam tempoh tiga hari masa bekerja selepas diterima daripada Pejabat SKN, tertakluk kepada dokumen lengkap;

  8. Mengurus dan menyelaraskan penyediaan jawapan kepada semua pertanyaan Lisan dan Bertulis yang ditujukan kepada YAB Ketua Menteri, siap satu hari sebelum bermula Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN);

  9. Memastikan, menyelaras dan menyediakan teks Ucapan Dasar Kerajaan satu hari sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri berlangsung;

  10. Mengurus pengumpulan dasar-dasar Kerajaan Negeri untuk dikemaskini dalam dashboard Program Dan Dasar Kementerian Kerajaan Negeri Sabah sebelum bulan Disember setiap tahun; 

  11. Mengambil tindakan ke atas aduan dan maklum balas pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas diterima; dan

  12. Memastikan, menyelaras dan menyediakan teks perutusan dua hari sebelum ucapan rasmi disampaikan.