Malaysia Government logo

Sabah Government Logo

Laman Web Rasmi
Bahagian Kabinet & Dasar
Jabatan Ketua Menteri Sabah

BKD logo

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri.

Khidmat keurusetiaan yang cekap merupakan Misi Bahagian Kabinet dan Dasar dalam mencapai Objektif yang disasarkan iaitu menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam memberi khidmat keurusetiaan kelas pertama di sektor awam. Bahagian Kabinet dan Dasar terlibat secara langsung sebagai urusetia dalam pelbagai mesyuarat seperti mesyuarat Jemaah Menteri dan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Seiring dengan sikap profesionalisme, khidmat keurusetiaan memerlukan komitmen seluruh anggotanya dalam mencapai visi yang disasarkan oleh kerajaan. Sehubungan itu, Bahagian Kabinet dan Dasar sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dengan berwibawa dan berintegriti sebagai tunjang kepada setiap keputusan dan tindakan yang diambil.

Pihak kami akan berusaha memaparkan maklumat terkini dengan berita terbaru dan aktiviti yang dijalankan. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan dari anda bagi menambahbaik lagi laman sesawang ini agar dapat memberikan maklumat yang terbaik untuk anda.

Sekian dan terima kasih.

RIDHWAN ROGER LINUS