FUNGSI-FUNGSI UTAMA (TERAS)
-
Mentadbir urus mesyuarat tertinggi Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri;
-
Mengendalikan pertanyaan lisan dan bertulis Jabatan Ketua Menteri, Pembentangan Rang Undang-Undang/ notis usul Jabatan Ketua Menteri dan penyediaan Ucapan Penggulungan YAB Ketua Menteri atau YB Pembantu-Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri sempena sidang Dewan Undangan Negeri;
-
Mengurus pelantikan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah dan enakmen-enakmen tertentu;
-
Mengurus saraan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah dan enakmen-enakmen tertentu; dan
-
Menyelaras penyediaan Teks Ucapan Dasar Kerajaan bersempena istiadat pembukaan Dewan Undangan Negeri Sabah.
FUNGSI-FUNGSI UTAMA (GENERIK)
-
Mengurus, mentadbir dan menyelaras sumber manusia, kewangan, aset, stor dan inventori;
-
Menyelaras teks perutusan Tuan Yang Terutama (TYT) sempena Hari Jadi Rasmi, perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Krismas dan Tahun Baharu;
-
Mengumpul dasar-dasar dari semua kementerian negeri Sabah; dan
-
Menyelaras permodenan pendigitalan BKD.