FUNGSI-FUNGSI UTAMA (TERAS)

  • Mentadbir urus mesyuarat tertinggi Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri;

 

  • Mengendalikan pertanyaan lisan dan bertulis Jabatan Ketua Menteri, Pembentangan Rang Undang-Undang/ notis usul Jabatan Ketua Menteri dan penyediaan Ucapan Penggulungan YAB Ketua Menteri atau YB Pembantu-Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri sempena sidang Dewan Undangan Negeri;

 

  • Mengurus pelantikan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah dan enakmen-enakmen tertentu;

 

  • Mengurus saraan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Negeri Sabah dan enakmen-enakmen tertentu; dan

 

  • Menyelaras penyediaan Teks Ucapan Dasar Kerajaan bersempena istiadat pembukaan Dewan Undangan Negeri Sabah.

FUNGSI-FUNGSI UTAMA (GENERIK)

  • Mengurus, mentadbir dan menyelaras sumber manusia, kewangan, aset, stor dan inventori;

 

  • Menyelaras teks perutusan Tuan Yang Terutama (TYT) sempena Hari Jadi Rasmi, perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Krismas dan Tahun Baharu;

 

  • Mengumpul dasar-dasar dari semua kementerian negeri Sabah; dan

 

  • Menyelaras permodenan pendigitalan BKD.

wpChatIcon
wpChatIcon