Malaysia Government logo

Sabah Government Logo

Laman Web Rasmi
Bahagian Kabinet & Dasar
Jabatan Ketua Menteri Sabah

BKD logo

Pada 4 November 2019 (Isnin) satu majlis telah diadakan bersempena dengan perpindahan beberapa pegawai dan kakitangan Bahagian Kabinet dan Dasar iaitu Encik Ikhwan Muhd Ghulam, Puan Angela Lee (bersara), Puan Noradzma Isabelo dan Encik Rosdi Matlin. Mereka masing-masing berpindah untuk bertugas di tempat baharu iaitu Bahagian Istiadat dan Protokol, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah. Bahagian Kabinet dan Dasar ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas pelbagai sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan selama bertugas di BKD serta selamat bertugas di tempat baharu. Pada masa yang sama, majlis juga sekaligus meraikan kedatangan pegawai dan kakitangan baharu di Bahagian Kabinet dan Dasar iaitu Encik Tzahrin bin Mohd Tahir dan Encik Lucas Linus Oyom.
Category: